3 Ramadhan 1429, dengan nafsu makan yang melebih-lebih aku sahur makan Big Mac dan Sausage McMuffin dari McD. Adoi kenapa dengan diri aku ini? Adakah aku lapar atau aku melampau? Kerana malam sebelum sahur aku sudah melahap satu bungkus Nasi Lemak Ayam Berempah. Walaupun aku menyuap Ahmad tetapi aku rasa aku makan lebih dari separuh Nasi Lemak tersebut. Ya Allah, tolonglah sedarkan umat-Mu yang seorang ini. Tambah lagi, tidak pergi ke GYM hampir 2 minggu. ARGHHHH aku geram. Aku semakin gemuk. Perut pun da macam orang mengandung *ni memang tipu, exegerate sikit* hahahha
Selepas sahur semalam, aku tak tidur sebab itu blog ini terhasil. Mungkin ada orang bertanya-tanya,
'Kenapa tetibe Anies post blog dalam bahasa Melayu?' atau 'Kenapa tetibe Anies jadi semangat nak blog pasal Ramadhan?'.
Kenapa ya? Mungkin aku ingin memperbaiki bahasa Melayu aku yang gila teruk *tengok ah bahasa pun teruk*, dekat sekolah tidak pernah dapat A1. Aku semangat pun sebab memang bila puasa aku semangat lagi-lagi ada kawan terawih bersama takda lah bersendirian berhad aku ni. Tapi ada juga orang kata, bila aku cakap 'aku kau' tak sesuai. Kenapa? hahahahahah cuba bagitau sikit. Aku rasa biasa je. hahhahaha mungkin mereka ingat aku ini baik dan tidak sesuai menggunakan perkataan tersebut untuk membahasakan diri (: Nampak sangat aku tak ngantuk, tapi sebenarnya aku penat sangat. Dari sahur tak dapat rehat pun. Balik je sekolah tolong Mama kejap selepas itu pegi tuition di rumah Sue. Tapi harini lain sikit, aku ke Bazaar Ramadhan SS18 dengan Yaya dan Aizu. Ya Allah! Ramainya orang yang menjual dan membeli! Sampai jalan kena bergesel(ayat Aizu) dengan orang lain. Atau lebih tepat, berhimpit(ayat Yaya) dengan orang-orang yang ingin mencari juadah berbuka bagi keluarga atau sendiri-sendiri.
Puasa ini sebenarnya, seronok! Pegi bazaar mesti je jumpa orang seperti kawan lama, kawan baru, kawan, keluarga. Yang sudah tak berkomunikasi lagi pun boleh terserempak kat bazaar. Alangkah baik jikalau aku ada kawan lama yang masih aku ingat. Minta maaf ye kawan-kawan lama, aku ni pelupa tapi bukan penipu. Ni da cukup 'straight-forward aku bagitau walaupun mereka tidak membaca blog ini (: Kadang-kadang pegi masjid pun boleh terjumpa muslimin dan muslimat yang kita kenal. Ya Allah SERONOKNYA! hahahha gila NOOB! Apa-apapun tak sabar rasanya nak RAYA padahal baru 3 hari berpuasa.
Harini berbuka, Papa tidak ada jadi Aunty Fizan dan keluarga kecuali suaminya datang untuk berbuka. Kali ini, Aunty masak....... Kari Ikan ke Gulai Ikan, dan Kentang tapi bukan Kentang Goreng. Mama sediakan Nasi Putih. hahahahah kelakar betul lah keluarga aku ni apabila bulan Ramdhan takda pembantu rumah. Kami semua kena buat kerja masing-masing. Haris ada beli Laksa Johor. Jadi aku melahap Laksa Johor lagi sekali. Gila sedapppp! Pegi bazaar tadi cari kuih-muih untuk Mama tersayang. Dia teringin makan Tepung Pelita dan Caramel yang selalu dibeli apabila Ramadhan berlangsung. Dah habis makan, aku tolong basuh pinggan. Tetapi harini aku tak pegi solat terawih. Sedangkan aku ke Taipan! Pegi makan ice-cream! hahahhahaha :D jahat ke tak? Aku tak tahu pun, tetibe Mama berhenti depan Baskin Robbins. Aku minta ice-cream macam biasa, 'Peanut Butter and Chocolate' kalau tak, 'Pralines and Cream' ataupun 'Pistachio Almond'. Makan lagi, mana tak gemuk. Puasa ni memang banyak dugaan! *Ayed paham lah*
Tadi aku kata penat, jadi sampai di sini saja post aku pada kali ini (:
Thursday, September 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment