Thursday, September 25, 2008

Sahur yang menggeramkan. hahah :D

I just can't help but to tell you people about my 'cerita sahur' yesterday and today.
2 hari berturut-turut I pegi sahur McD dengan Papa. So here goes the story yang 'pandai' gila. hahah

24 Ramadhan 1429, Sahur pada 4.30 pagi, makan apa yang ada kat McD lah. And tak sangka I can eat a Big Mac and Sausage McMuffin for sahur and i drank Coke for god sake. Sakit perut aku sebelum tido balik. Now that I've learned my lesson not to take Coke for Sahur. On the second day of sahur in McD that is this morning i took Milo instead. But before that, kena tell about buka. Ya Allah. Buka puasa makan Nasi Lemak sedappp. Menambahkan lemak di badan yang TOOT. hahahahhha :D tak rugi beli.

25 Ramadhan 1429, disini bermula api membara. hahaha cashier yang sama mcm semalam. Tak nampak mcm ngantuk ataupun bosan tetapi..... lembab gila sial. I da kat depan mata dia. Dia boleh pandang je. Then, dia pusing belakang siap cakap-cakap dengan kawan dia. Bodo gila! Customer dia endahkan saja. Anyway, Papa datang cakap, da order? I geleng kepala then perempuan tu still tak amik order as in ask me, Good Morning, Miss or Selamat Pagi, nak order apa? Takda langsung. So, i start to order. hahaha cerewet gila pagi tadi. Then, da order tnggu 5am just to eat breakfast meal. Sol, after ordering, Mama punya nak pack bw balik, so i went there and gave her the butter and syrup since Mama asked for Hotcakes/Pancakes but the Pancakes as i call it wasn't there. I told her, kak, hotcakes nak pack eh?. She just looked at me for 3 seconds then buat keje balik. Adoi sakit hati betul. At least ckp ah, okay, yeah, ye, alright or even hmm. Ni nothing. grrrr

(:

Wednesday, September 24, 2008

:D

BLOG INI DITUTUP. SAMPAI DISINI SAHAJA CERITA PUASA SAYA. TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACANYA :D

Sunday, September 21, 2008

Dugaan.

Kali ini, buka puasa, keluargaku mendapat dugaan yang tidak dapat dielak.
Papa nak sangat ikut tekak Eisha, pergi TGIF. Drive sampai sana, tengok-tengok TGIF full house. Then plan nak makan Kenny Rogers, sama juga full house! Actually, satu mall tu FULL HOUSE!
DUGAAN!
Guess what we ate fr break fast! Baskin Robbins Ice-Cream. HAHAHAHA Papa and I shared a banana split while Eisha ate 2 scoops of ice cream and Ahmad ate one scoop. Mama took a bit from us. Lepas makan ice cream, da nak balik cari makan tempat lain, Papa stop dekat Daily Fresh. Eisha minta ice cream lagi O_O 3 scoop in a day for BUKA! Perut bole pecah. But actually, banana split pun ada 3 scoop tapi we shared the ice cream. Eisha sorg! Gila-gila! So decided to go to Bawang Merah tapi tutup. Then pegi dekat Selero Negori! Ada function so they don't sell and dishes that day :( End up buying burger Ramly near 7E and bought us some slurpee too. That is what we ate. Hahaha asalkan kenyang. I did not went for terawih because Yaya and Teyn tak pegi and I had something on.

(:

S-E-P-U-L-U-H Hari Sahaja Lagi :D

Siapa yang tak suka bila nak Raya? Betul tak? Dapat beli baju baru, makan-makan (paling penting), duit raya, jumpa saudara-saudara yang dah lama tak keep in touch. Macam family reunion lah kan. hehe Semua orang suka!! Kalau cakap tak suka memang orang tu tipu lahhhh ;)
Budak-budak bila masa nak Raya, sure tak sabar nak dapat DUIT RAYA. Same goes to the teenagers yang belum bekerja.
Orang elderly mesti sibuk-sibuk nak sediakan juadah keraian seperti rendang, ketupat, lontong, lodeh, samabal goreng dan macam-macam lagi lah. Kalau I, semua I makan. Tak kira jadi gemuk ah. Lantak ah nak gemuk ke apa. Kata BERAYA mesti nak BERSUKA RIA! hahaha selepas da raya-raya, pegi lah gym ke, swimming ke? hahhhahah :D Sapa yang tahan-tahan makan masa Raya memang RUGI BESAR.
Sekarang, semua mesti tengah sibuk cari baju raya! Bergegas-gegas nak find baju raya yang betul-betul song dengan diri sendiri. Mesti gila tak sabar nak raya!!!

Semalam, selepas pergi terawih, Alia teman I balik ruma ambil barang. Balik, tolong mama simpan makanan dalam fridge.
Then, pack stuff. Lawak gila lahhh. Sebab siap bawa pillow. Tapi lagi best, JALAN KAKI! Jalan ke Shell bawa bantal, bole imagine tak???!!! malu pun ada. Tapi nak buat macam mana! hehe nak pegi sleepover ruma Alia. hahahaha bawa laptop untuk online. At 2pm we called McD. Sahur! Then 2.30pm, tido kejap tapi tak bole tido hahahha so text dengan Ayed <3 Pegi kiamulai ngantuk gila. Imam pun ngantuk smpai byk silap :D Tapi tak bole salahkan dia, semua orang ngantuk. Balik ruma, masukkan baju dalam washing machine then pegi tido! Tak lupa, solat Subuh.

(:

Thursday, September 18, 2008

Tahan pulakkk.

Pada 17 Ramdhan 1429, jam 3.30 pagi.
I was at the mosque with Yaya and Aina doing 'kiamulai' (spelling?).
I did not sleep before that. Sangat lah ngantuk.
Boleh tersilap solat lagi tu (: but we did it. hahha
maybe weekends we're going again. Tak sabar nak raya. Blog ni macam tak hidup da. hahah
After raya, this blog will be blankkkkk O_O

Buka puasa pun da tak meriah macam 2 minggu mula berpuasa. But i'm happy because nak dekat raya!

(:

Wednesday, September 17, 2008

Tak PUASA!

Tak update because tak puasa. hahahha :D today baru puasa.
Malas nak update lah. hehe

(:

Wednesday, September 10, 2008

Bila tiba time macam ni.

HAHAHAHA :D takda apa nak cter lah.
Sahur makan casserole Mama buat semalam petang. Then, last minute pergi bazaar dengan Papa!
Beli macam-macam. Padahal dekat rumah, petang tadi Aunty Shida datang kasi lauk sikit (banyak actually). Tapi tetap pegi bazaar beli FOOD! hehe
Makan nasi dan lauk-lauk, kebab ayam, dan kuih-muih apetah. That's it!

(:

Tuesday, September 9, 2008

Makan banyak jadi gemuk.

9 Ramadhan 1429.

Well hello!
Today I kinda ate a lot like always. hahaha i tak pernah makan sikit , macam wajib makan banyak lah kan! I ate roti telur at Makbul with Papa at 4am today. Gila ngantuk dengan PJ's pegi Makbul. At first, tak ramai then makin lama makin ramai. Adoi da lah rambut macam setan! hahahha well, takda lah teruk mana tapi macam TOOT ah gak. But what do i care, asalkan tak jumpa orang yang i kenal. Brought back Roti Canai for the rest of the family. Buka puasa with 2 kebabs(chicken) from bazaar which i went with Aizu and Yaya again. Macam puasa ni, almost setiap hari jumpa dieorg. *YAWN* hahahha. A bit of Laksa Johor. And Tepung Pelita and cake that i made for dessert. Isn't that a lot? Went to terawih with Aunty Fizan, arrived a bit late. Semua orang dah mula solat Isyak which i did earlier at home while waiting Aunty Fizan.
I wonder what's for sahur? Aliya, our neighbour is sleeping over our house sebab esok takda sekolah for them because of UPSR.

(:

Monday, September 8, 2008

Cokelat.

8 Ramadhan 1429

Sahur dengan roti dan cold cuts lagi. Bersyukur je lah kan? hahah memang da cukup bersyukur. Alhamdullillah! Saya tahan.
Da tatau nak makan apa. Makan apa yang ada asalkan mengenyangkan dan bole tahan puasa satu hari (:
Petang tadi saya ke Bazaar Ramadhan SS18 bersama Encik Nik Aizu dan Cik Yaya Roslan. Setelah membeli-belah juadah untuk berbuka untuk keluarga saya yang tercinta! Kami pulang! Lagi setengah jam nak berbuka baru sampai rumah.
Thanks korang dah teman pergi bazaar. Hee~
Saya berbuka dengan Nasi Kerabu harini. Dan air orange juice! Pokoknya refreshing bangettt deh.
Pergi terawih terlebih awal dari biasa. Biasanya, saya lambat sikit. hahah tapi harini semangat sangat sampai kena pergi rumah Yaya dulu. Balik terawih tolong mama lipat kain. Lepas tu kononnya nak pergi Baskin Robbins, masa tu jam 10.10 malam. Obviously, dah tutup kot. Entah lah. Haris turun pergi check, dia datang balik kata dah tutup. Yang nak ice-cream sangat, Mama, Eisha, Haris and Ahmad tu pun sebab Mama suruh beli for ahmad kalau tak, tak perlu. Saya tak terasa. Kenyang hasil dari berbuka. hahahhha Balik tolong Mama kemas-kemas dapur (: Sekarang dah update blog ni. Saya nak off baca teenlit! Selamat Berpuasa!

(:

Sudah berapa lama?

5 Ramadhan 1429.
Lama sangat tak online jadi lupa apa terjadi. Hahahhaha saya buka puasa kat luar dengan Papa dan Haris. Bila pikir-pikir nak update blog ni payah lah. hahhaahha malas pun ada tapi nak buat macam mana da buat. taknak lah delete. sayang! hahahah

6 Ramadhan 1429.
Ni pun tak igt. hahaha mungkin harini yang saya tak sahur kot. Petang pegi shopping raya! (: Then, mcm semalam juga. Papa, Haris dan saya pegi buka kat luar. Ni semua atas invitation tau bukan sengaja. Mama, Eisha and Ahmad tak ikut sebab Ahmad kurang sihat dan Mama penat.

7 Ramadhan 1429.
Bangun sahur makan......... roti dan cold cuts. Tengah hari, saya masak pound cake dengan hiasan chocolate di atas. Sedapp kot. hahahha saya ni jenis tak makan apa yang saya masak kecuali lauk atau pasta punya sauce. Petang semalam, saya jumpa!!!! AYED :D pegi bazaar dengan Yaya and Teyn juga. Tapi jalan je tak beli apa pun kat ruma da masak macam2. Buka puasa, Abang Ronaldo dan Kak Siti datang berbuka di rumah. Dah lama sangat tak jumpa. Papa masak Taco's and Fajitas! Then, mama masak casserole ravioli.

(:

Friday, September 5, 2008

Masak-masak

4 Ramadhan 1429 (:
Sahur makan Roti Telur je. Papa bawa balik. Dah sejuk masa aku makan tapi disebabkan malas dan mengantuk aku makan je lah. Setelah berpuasa selama 4 hari, aku mula bersemangat nak masak. Jadi harini aku masak Spaghetti Bolognese dan Spaghetti Tomato and Chicken *recipe sendiri*. I cooked it without tasting it and Mama said it was delicious. Aku mula masak jam 6 selepas membeli barang-barang untuk masak. Gila ke tak? Masak 2 jenis kuah tapi boleh siap dlm masa 1 jam. Potong-potong sayur, goreng-goreng bawang semua. Hahahah tapi Eisha ada tolong kejap lah. hee (:

Terawih :D
Lawak gila ahhhh. Aku sampai agak lambat. Orang sudah mula bersedia untuk solat Isyak dan aku baru nak kumur dan basuh kaki. Tapi takpe, Yaya, Teyn dan Aina da tunggu. Sudah siap solat terawih. Seperti biasa solat withir. Yang ni yang lawak/kelakar gila. Teyn dah hampir habis tetibe dia baru je nak bangun dari sujud, kepala dia tersekat dekat bawah kain satu perempuan depan dia. Dia tergelak ah sebelah aku. Aku dah ternampak, waktu aku sujud aku dah tergelak dah. jadi, memang tak sah dah solat withir aku. Jadi aku berhenti dan tergelak disamping Teyn yang sedang gelak tak henti. Bodo ke tak? Selepas kejadian itu, kami (aku, Teyn dan Effy) ke 7E kerana dah dahagakan air! Mula-mula nak beli Slurpee tapi Slurpee punya machine rosak. Jadi, beli air kotak. Itu saja lah. hahhahha harini memang lawak!

(:

Thursday, September 4, 2008

Nafsu makan yang melampau......

3 Ramadhan 1429, dengan nafsu makan yang melebih-lebih aku sahur makan Big Mac dan Sausage McMuffin dari McD. Adoi kenapa dengan diri aku ini? Adakah aku lapar atau aku melampau? Kerana malam sebelum sahur aku sudah melahap satu bungkus Nasi Lemak Ayam Berempah. Walaupun aku menyuap Ahmad tetapi aku rasa aku makan lebih dari separuh Nasi Lemak tersebut. Ya Allah, tolonglah sedarkan umat-Mu yang seorang ini. Tambah lagi, tidak pergi ke GYM hampir 2 minggu. ARGHHHH aku geram. Aku semakin gemuk. Perut pun da macam orang mengandung *ni memang tipu, exegerate sikit* hahahha
Selepas sahur semalam, aku tak tidur sebab itu blog ini terhasil. Mungkin ada orang bertanya-tanya,
'Kenapa tetibe Anies post blog dalam bahasa Melayu?' atau 'Kenapa tetibe Anies jadi semangat nak blog pasal Ramadhan?'.
Kenapa ya? Mungkin aku ingin memperbaiki bahasa Melayu aku yang gila teruk *tengok ah bahasa pun teruk*, dekat sekolah tidak pernah dapat A1. Aku semangat pun sebab memang bila puasa aku semangat lagi-lagi ada kawan terawih bersama takda lah bersendirian berhad aku ni. Tapi ada juga orang kata, bila aku cakap 'aku kau' tak sesuai. Kenapa? hahahahahah cuba bagitau sikit. Aku rasa biasa je. hahhahaha mungkin mereka ingat aku ini baik dan tidak sesuai menggunakan perkataan tersebut untuk membahasakan diri (: Nampak sangat aku tak ngantuk, tapi sebenarnya aku penat sangat. Dari sahur tak dapat rehat pun. Balik je sekolah tolong Mama kejap selepas itu pegi tuition di rumah Sue. Tapi harini lain sikit, aku ke Bazaar Ramadhan SS18 dengan Yaya dan Aizu. Ya Allah! Ramainya orang yang menjual dan membeli! Sampai jalan kena bergesel(ayat Aizu) dengan orang lain. Atau lebih tepat, berhimpit(ayat Yaya) dengan orang-orang yang ingin mencari juadah berbuka bagi keluarga atau sendiri-sendiri.
Puasa ini sebenarnya, seronok! Pegi bazaar mesti je jumpa orang seperti kawan lama, kawan baru, kawan, keluarga. Yang sudah tak berkomunikasi lagi pun boleh terserempak kat bazaar. Alangkah baik jikalau aku ada kawan lama yang masih aku ingat. Minta maaf ye kawan-kawan lama, aku ni pelupa tapi bukan penipu. Ni da cukup 'straight-forward aku bagitau walaupun mereka tidak membaca blog ini (: Kadang-kadang pegi masjid pun boleh terjumpa muslimin dan muslimat yang kita kenal. Ya Allah SERONOKNYA! hahahha gila NOOB! Apa-apapun tak sabar rasanya nak RAYA padahal baru 3 hari berpuasa.

Harini berbuka, Papa tidak ada jadi Aunty Fizan dan keluarga kecuali suaminya datang untuk berbuka. Kali ini, Aunty masak....... Kari Ikan ke Gulai Ikan, dan Kentang tapi bukan Kentang Goreng. Mama sediakan Nasi Putih. hahahahah kelakar betul lah keluarga aku ni apabila bulan Ramdhan takda pembantu rumah. Kami semua kena buat kerja masing-masing. Haris ada beli Laksa Johor. Jadi aku melahap Laksa Johor lagi sekali. Gila sedapppp! Pegi bazaar tadi cari kuih-muih untuk Mama tersayang. Dia teringin makan Tepung Pelita dan Caramel yang selalu dibeli apabila Ramadhan berlangsung. Dah habis makan, aku tolong basuh pinggan. Tetapi harini aku tak pegi solat terawih. Sedangkan aku ke Taipan! Pegi makan ice-cream! hahahhahaha :D jahat ke tak? Aku tak tahu pun, tetibe Mama berhenti depan Baskin Robbins. Aku minta ice-cream macam biasa, 'Peanut Butter and Chocolate' kalau tak, 'Pralines and Cream' ataupun 'Pistachio Almond'. Makan lagi, mana tak gemuk. Puasa ni memang banyak dugaan! *Ayed paham lah*

Tadi aku kata penat, jadi sampai di sini saja post aku pada kali ini (:

Wednesday, September 3, 2008

Puasa Sudah Tiba.

Bulan Puasaaaaaa! *teruja* hahahhhahaha :D

Malam sebelum 1 Ramadhan 1429, saya dan Yaya ke masjid untuk solat terawih. Selepas itu, kami ke 7E untuk membeli minuman yang tidak pernah dilupakan pada bulan puasa tetapi bila perut rasa penuh selepas buka, tak beli lah. Apabila sudah membeli V-Soy, tetiba sudah nak jalan balik, Papa Yaya baru saja nak pegi makan. Supper lah namakan! Jadi, kami pun ikut pergi Carlos Two. Semua family Yaya makan. Saya hanya minum Teh O Ais sebab da kenyang sangat. Padahal, entah apa je yang saya makan.
Sahur, keluarga saya hanya makan 'sandwich cold cuts' yang baru saja dibeli pada petang sebelumnya. Memang kenyang! Saya takda rasa lapar pun. Sangat pelik apabila blog dengan menggunakan bahasa Melayu. Tak biasa! Kenalah berlatih kan? (:


1 Ramadhan 1429, cuti sekolah kerana
kerana Malaysia menyambut Hari Kemerdekan yang ke-51. Selamat Hari Jadi Malaysia :D kami sekeluarga ke SACC Mall untuk membuat baju raya tapi malangnya tukang jahit tidak ambil pesanan lagi. jadi, Papa, Haris, Ahmad membeli sepasang baju melayu manakala saya membeli baju kurung. Semua warna 'off-white' kecuali Ahmad warna kelabu. Kami sudah cadang raya tahun ini warna kelabu dan biru tetapi kerana lambat dan Papa Mama sibuk dengan kerja tidak sempat nak mencari kain. Selapas itu, saya, Papa, Haris dan Eisha ke Bazaar Ramadhan di USJ 4. Buka puasa dengan Nasi Briyani Syed! Memang ternyata sedapppp! Mama pun makan Nasi Briyani manakala yang lain menikmati juadah dari Bazaar. Pembantu rumah kami, Kak Sara balik cuti jadi tidak ada pembantu nak masak memang tak sempat. Papa makan Mihun Sup, Haris makan Nasi Tomato dan Eisha seperti biasa Roti Canai sahaja. Ahmad makan apa yang kami suapkan. Dia tu, semua benda pun dia masuk dalam mulut turun ke perut. hahahaha selepas solat maghrib, saya jalan ke masjid seorang. Jumpa dengan Yaya dan Teyngy. Tetapi pada malam itu, Yaya tidak beli V-Soy, katanya perut sudah penuh. Tetapi saya ke Shell untuk membeli Nescafe Mocha dan tidak lupa, V-Soy.


2 Ramadhan 1429, sahur kami hanya dengan Telur Mata Lembu dan Roti Bakar. Sebenarnya, kalau tak sahur lagi tak rasa lapar tapi disebabkan sahur adalah sunat(minum air pun jadi) kami makan sikit. Sekolah macam biasa selepas mendapat cuti, pergi sekolah pun macam biasa lah. Kali ini, semua beli makanan berbuka di Bazaar lagi. Papa cakap, jangan beli banyak-banyak. Beli pikir sendiri jangan pikir orang lain. Kalau tak habis susah nanti. Selepas buka puasa dengan Laksa Johor, seperti biasa saya ke masjid tetapi kali ini saya berjalan dengan Eisha dan Aliya. Tak beli V-Soy pun. Hanya beli Nasi Lemak untuk diri saya dan Ahmad. Dan air laici kotak. Belanja Eisha, Slurpee dan Aliya, Milo kotak. Sampai di sini dulu ya. Saya kena mandi untuk ke sekolah.

(:

The Beginning !

Fasting Month is the month I've been waiting for (: Because of it, we get to Raya! hehe
Yaya and myself planned to blog about our fasting month because we have so many plans ahead. Actually, not so many just a little bit but still, we get excited about it. Like for example, SOLAT TERAWIH together. We call it, 'a date'. hahahahahaha we started going for solat terawih since last year which Yaya starts first. Then, she asked me if i would like to join her. So i did and i never regret going :D This year, Teyngy joined us too.
That is not all, after solat terawih, we would go to 7-Eleven just to buy V-Soy for each of us and i am collecting the bottle cap. Just for fun. Aku kan gila sikit :D hahha oh and sorry i started this blog on the 3rd day of puasa. I was so busy earlier.

So, Selamat Berpuasa! (: